PENGENALAN

PENGENALAN SMKA(P) ALMASHOOR

PETA LOKASI

SMKA(P) AlMashoor terletak di Medan Lim Cheng Theik, berhampiran Jalan Burma, George town, di dalam daerah Timur laut Pulau Pinang, Malaysia.

LENCANA SEKOLAH

 

Lencana sekolah menitikberatkan tema “Beriman Dan Berilmu”. Simbol-simbol yang terkandung dalam lencana ini adalah berdasarkan tema ini. 1. Simbol buku : mempunyai isi pengetahuan yang diperlukan untuk mencapai kejayaan. Jika kita berusaha belajar, kita akan memperolehi kejayaan.

 

2. Simbol obor : cahaya yang menggambarkan masa depan yang cerah. Juga menunjukkan kegigihan pelajar menghadapi cabaran. 3. Pohon padi : semakin besar, semakin berisi dan berguna Yakni semakin banyak pengetahuan yang diperolehi, semakin cerah masa depan. Kejayaan masa depan kita semua adalah seperti proses pertumbuhan padi yang bermula dengan proses menyemai benih padi hinggalah kepada proses menghasilkan beras. Bermakna kita mesti tekun menghadapi rintangan dengan hati yang tabah jika kita ingin mencapai kejayaan. 4. Bulan sabit & bintang : lambang agama Islam 5. 1916 : tahun sekolah ini mula ditubuhkan sebagai sekolah agama. 6. Warna : Kuning – Warna DiRaja; lambang kemuliaan Merah – bersemangat waja Putih – motif niat yang suci Hijau – warna keislaman.

SEJARAH SEKOLAH

Sekolah Menengah Agama (P) Al Mashoor mula diasaskan atas kesedaran segolongan bangsa Arab di Pulau Pinang yang bimbang akan anak-anak yang kurang mendapat didikan agama. Pada tahun 1916 bersamaan tahun 1335H, suatu mesyuarat telah diadakan khusus mengenai penubuhan sebuah sekolah agama. Dengan usaha gigih dan semangat kerjasama semua pihak maka tertubuhlah sebuah sekolah agama yang dikenali dengan nama Madrasah Al-Quran di Lebuh Acheen (Masjid Melayu Pulau Pinang) dengan guru pertamanya Al-Syed Abdul Rahman Alhabshee dan guru besar pertamanya Al-Syed Al-Shaikh Al-Hadi. Madrasah ini terus mendapat sokongan yang menggalakkan dan pada tahun 1918 telah berpindah ke kawasan yang lebih besar di Kampung Jawa Lama, dengan nama Madrasah Al Mashoor Al-Islamiah sempena nama Tuan HAbib Al Mashoor, seorang penghulu yang terkenal di Pulau Pinang pada masa itu.

Pada tahun 1920, Madrasah ini telah berpindah ke Lebuh Tek Soon di mana tapak sekolah adalah kepunyaan tuan Haji Bachik. Pada masa ini perkembangan sekolah berlaku dengan pesat sekali dan yuran sebanyak RM2 dikenakan kepada setiap pelajar. Semasa pemerintahan Jepun, Madrasah Al Mashoor telah ditutup selama 3 tahun 8 bulan dan dibuka kembali pada tahun 1945 setelah setelah British kembali ke Tanah Melayu. Usaha-usaha berterusan dijalankan untuk mendirikan bangunan baru bagi sekolah dan asrama untuk pelajar lelaki dan perempuan. Pada tahun 1957, sempena kunjungan YTM Tunku Abdul Rahman ke Madrasah Al Mashoor, beliau telah berjanji akan mendirikan bangunan baru bagi kedua-dua buah sekolah .

Sebuah jawatankuasa binaan telah ditubuhkan dan mereka telah bekerja keras untuk penubuhan sekolah baru. Waris-waris Almarhum Tuan K.M.S Sultan Alaudin mewakafkan sekeping tanah dan rumah di Jalan Lunas bagi tapak sekolah perempuan. Pada tahun 1979 Kementerian Pelajaran telah mengambil alih Madrasah Al Mashoor lelaki dan perempuan dan telah mendirikan sebuah bangunan baru di Jalan Air Itam untuk pelajar lelaki. Selepas tiga tahun kerajaan mengambil alih SMKA (P) Al Mashoor, ada cadangan untuk membina bangunan baru bagi menggantikan bangunan lama yang telah uzur dan tidak dapat menampung bilangan pelajar yang semakin bertambah. Sementara menanti bangunan baru siap, pelajar-pelajar telah menumpang di SMKA (L) Al Mashoor dari tahun 1982 hingga tahun 1984. Pada bulan Oktober 1984 para pelajar perempuan mula berpindah ke bangunan baru dan tersergamlah bangunan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (Perempuan) Al Mashoor di Medan Lim Cheng Teik, Pulau Pinang.

FIZIKAL SMKA(P) ALMASHOOR

Perkara

Unit

  Lokasi
Medan Lim Cheng Teik 10250 Jalan Burmah Pulau Pinang .
  Luas
  0.75 hektar

Bilangan kelas

20

Bil. Pelajar:

550 (Mei 2006)

Bil Staff (Guru)

46 orang

Bil. Staff sokongan

13 orang

Bil. Blok Bangunan

3 blok

Bil. Bilik Darjah

20 buah

Bil Bengkel KH

2 bilik

Bil. Makmal Sains

4 bilik

Perpustakaan

1 bilik

Unit Media

1 unit

Makmal ICT

2 bilik

Bilik Literasi

1 bilik

Bilik Unit Peperiksaan

1 buah

Bilik Buku Teks

1 buah

Kantin

1 buah

Dewan

1 buah

Surau

1 buah

Gelanggang

1 buah

Koperasi

1 unit

Asrama

2 blok

VISI

SMKA(P) AlMashoor menjadi sekolah gemilang di Pulau Pinang menjelang tahun 2010.

MISI    

Memberi pendidikan berkualiti kepada pelajar-pelajar SMKA(P) AlMashoor berteraskan pengurusan yang telus demi melahirkan insan gemilang dalam akademik, sahsiah dan ko-kurikulum dengan komitmen komuniti bagi memenuhi aspirasi negara.

MOTO    

Beriman, Berilmu & Beramal

SLOGAN

Ke arah kecemerlangan ilmu dan kesempurnaan akhlak

PIAGAM PELANGGAN  

Kami warga Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (P) AlMshoor akan memberikan perkhidmatan dan pendidikan yang cemerlang dalam merealisasikan falsafah pendidikan yang selaras dengan hasrat untuk melahirkan insan yang beriman, berilmu dan beramal berteraskan al-quran dan al-sunnah dengan mengamalkan budaya kerja seperti berikut :  

•  Amanah dan cekap dalam melaksanakan segala tugas yang dipertanggungjawabkan. •  Lancar dan rasional dalam mengambil sebarang tindakan. •  Mesra, prihatin dan sentiasa menunjukan sikap kasih sayang dalam perlakuan. •  Akhlak yang mulia dan budi perkerti yang luhur. •  Sedia menerima perubahan untuk kemajuan sekolah. •  Hubungan yang baik sesama insan melalui kepimpinan yang dinamik dan dedikasi. •  Optimistik dalam menghasilkan pelajar yang berpotensi melanjutkan pelajaran. •  Orentasi ke arah pemupukan dan perkembangan bakat demi mencapai kejayaan dalam bidang kokurikulum. •  Rela berbakti untuk melahirkan anak didik yang berjasa pada agama, bangsa dan negara.

 

PANORAMA RINGKAS SMKA(P) ALMASHOOR