BERITA SEMASA

PENYERTAAN KE PERTANDINGAN SENI KHAT KEBANGSAAN

1 APRIL - Seramai 9 pelajar dari tingkatan 3 hingga 5 telah menyertai pertandingan Seni Khat Haji Wan Fathi di Maahad al-Muhammadi Perempuan, Kota Bahru baru-baru ini. Penyertaan ini bersama 20 pelajar SMKA Al-Mashoor (L) menyaksikan pertembungan yang sengit bersama puluhan pelajar dari seluruh negara. Pertandingan ini dijuarai oleh pelajar dari Terenggannu bagaimanapun pelajar SMKA Al-Mashoor(L) hanya menduduki tempat keempat. Moga-moga penyertaan ini memberikan semangat dan azam baru dalam memartabatkan seni khat. Sekian.

Gambar: Senarai peserta bersama pengerusi Persatuan Seni Khat Kebangsaan Malaysia, Ust Yusof ( duduk dua dari kanan) bersama Exco Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Kelantan serta Ust Nik Abdul Rahman, tokoh khat kebangsaan.