SMKA(P) AL-MASHOOR
SMKA(P) AL-MASHOOR merupakan sekolah yang berdaftar di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia, ditubuhkan pada 1916 oleh segelintir ulama dan pejuang kemerdekaan dan agama Islam suatu ketika dahulu. Al-Mashoor merupakan nama tokoh ulama keturunan Yaman Habib al-Mashoor bersama-sama Syeikh Syed al-Hadi yang berusaha memperkembangkan ilmu-ilmu agama di kalangan anak-anak penduduk Pulau Pinang awal 90-an. Tahun 1984, Kementerian telah mengambil alih pentadbiran dan pengurusan sekolah demi memantapkan sistem sekolah serta memperkembangkan sistem Pendidikan Agama ke arah yang lebih Dinamik dan Pro-aktif. Moga-moga matlamat sekolah iaitu 'KE ARAH KECEMERLANGAN AKADEMIK DAN KESEMPURNAA AKHLAK' menjadi kenyataan yang berkekalan.
SMKA(P) AL-MASHOOR BANGUNAN BARU 2015
BANGUNAN AKADEMIK 9 TINGKAT DUA BLOK BENTUK
PENYERTAAN KE PERTANDINGAN SENI KHAT KEBANGSAAN
1 APRIL - Seramai 9 pelajar dari tingkatan 3 hingga 5 telah menyertai pertandingan Seni Khat Haji Wan Fathi di Maahad al-Muhammadi Perempuan, Kota Bahru baru-baru ini. Penyertaan ini bersama 20 pelajar SMKA Al-Mashoor (L) menyaksikan pertembungan yang sengit bersama puluhan pelajar dari seluruh negara. Pertandingan ini dijuarai oleh pelajar dari Terenggannu bagaimanapun pelajar SMKA Al-Mashoor(L) hanya menduduki tempat keempat. Moga-moga penyertaan ini memberikan semangat dan azam baru dalam memartabatkan seni khat. Sekian.
Gambar: Senarai peserta bersama pengerusi Persatuan Seni Khat Kebangsaan Malaysia, Ust Yusof ( duduk dua dari kanan) bersama Exco Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Kelantan serta Ust Nik Abdul Rahman, tokoh khat kebangsaan.